Monday 16 July 2018

Semua Peminjam PTPTN Disaran Kemaskini Maklumat Pendapatan Sebelum 25 Julai 2018

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kesemua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki hutang disaran untuk mengemaskini maklumat pendapatan mereka secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, proses berkenaan boleh di buat di ruangan 'Pengemaskinian Maklumat Pendapatan' bermula hari ini hingga selewat-lewatnya 25 Julai ini.
Menurutnya, peminjam PTPTN yang tidak melaksanakan proses pengemaskinian berkenaan akan tidak dipertimbangkan langsung untuk mendapat keistimewaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang  ditawarkan dalam manifesto Harapan.

"Selain maklumat pendapatan, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat penting yang lain termasuk maklumat perhubungan terkini seperti alamat, nombor telefon serta alamat e-mel dan maklumat pekerjaan.

"Peminjam diingat untuk mengemaskini maklumat pendapatan yang sahih dan benar disertakan dokumen sokongan apabila diminta bagi tujuan audit," katanya dalam sidang media di Dewan Utama, Menara PTPTN, di sini, tadi.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Sementara itu, Wan Saiful mengingatkan kepada peminjam yang mempunyai kemampuan untuk membuat pembayaran balik pinjaman untuk terus membuat bayaran walaupun dalam jumlah yang kecil.

Menurutnya, PTPTN komited untuk melaksanakan manifesto Kerajaan bagi meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda iaitu dengan mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi yang berpendapatan RM4000 ke bawah sebulan.

"PTPTN telah selesai mengeluarkan nama seramai 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sebagaimana yang diumumkan 26 Jun lalu.

"Bagaimanapun, kita seru semua peminjam untuk menanam budaya suka membayar balik serta mengelakkan sikap suka menangguh-nangguhkan pembayaran hutang.

Menurutnya, pengumuman mengenai keputusan penangguhan berkenaan akan dibuat sebelum 100 hari pemerintahan kerajaan, namun perlaksanaannya adalah bergantung kepada proses maklumat kemas kini yang diterima.

“Sehingga tidak menerima sebarang surat penangguhan pembayaran, peminjam dinasihatkan untuk terus membuat pembayaran - Sinar Online

No comments:

Post a Comment