Showing posts with label BERITA KAMPUS. Show all posts
Showing posts with label BERITA KAMPUS. Show all posts

Friday, 3 August 2018

Wednesday, 18 July 2018

July 18, 2018

Permohonan ILJTM Online - Pengambilan Tambahan Julai 2018: Tarikh Tutup 31 Julai 2018

Permohonan kemasukan ke ILJTM online - pengambilan tambahan Julai 2018. Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. Permohonan sudah boleh dibuat sekarang. Hantar permohonan anda dengan segera.

Jika anda berminat untuk memohon memasuki mana-mana pusat latihan ILJTM sila layari >>> Permohonan ILJTM Online

Wednesday, 11 July 2018

July 11, 2018

Permohonan Kemasukan Sesi Ke-2 Program Diploma & Asasi Undang-Undang 2018

Permohonan kemasukan sesi Ke-2 Program Diploma dan Asasi Undang-undang dan program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina bagi lepasan SPM/Setaraf dan penerapan pra-diploma bagi tahun 2018. Pelajar yang berhasrat untuk memasuki UiTM atau yang masih mencari tempat untuk melanjutkan pengajian bolehlah membuat/menghantar permohonan online.

Sebelum memohon sila rujuk Panduan Pendaftaran Ke UiTM

Tarikh tutup membuat permohonan ialah sebelum 27 Ogos 2018. Layari Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM  untuk maklumat lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Mohon share kepada semua kawan-kawan anda yang lain.
July 11, 2018

APU University Open Day (Hari Terbuka Asia Pacific University of Technology & Innovation)

APU University Open Day 2018 (Hari Terbuka Asia Pacific University of Technology & Innovation). Hari terbuka ini dianjurkan oleh APU University untuk para pelajar yang sedang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelajar dan ibubapa yang berminat menhadiri open day ini bolehlah datang ke kampus APU University pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 21 hingga 22 Julai 2018
Tempat: Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) Technology Park Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000 Malaysia
Masa: 9 pagi - 5 petang

Free shuttle bus akan disediakan dari Bukit Jalil Star LRT Station ke Kampus APU University pada 10AM, 11AM, 12PM, 1PM dan 2PM

Pelajar yang layak berpeluang mendapat APU University Scholarship. Maklumat lebih lanjut layari APU University

Monday, 9 July 2018

July 09, 2018

Karnival Curtin University Malaysia 2018

Karnival pendidikan Curtin University Malaysia sesi 2018. Curtin University (Malaysia) akan menganjurkan Curtin Malaysia Carnival 2018 pada 25 Ogos 2018 dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Karnival ini terbuka kepada orang ramai untuk memahami dan mengetahui maklumat lanjut mengenai Curtin University Malaysia.

Jika anda berminat untuk memasuki Curtin University Malaysia, karnival ini baik untuk anda. Layari http://www.curtin.edu.my/